Mendebarkan, lelaki heret tong gas meletup dari membakar rumah jiran

0
3

WUXI: Media CCTV melaporkan Cai, 63 dari Kota Wuxi, dari wilayah Jiangsu, menjadi hero pada Jumaat lepas apabila berjaya menarik keluar tong gas memasak dari meletup dan membakar rumah jirannya.

Cai dilaporkan kembali ke rumahnya pada 11 pagi waktu setempat.

Apabila dia terlihat asap di rumah jirannya dia terus bergegas menjenguknya, dan tanpa gentar menyeret tong gas yang sedang marak dengan api besar.

“Saya memasak, tapi terdapat kebocoran gas yang kemudiannya meledak menyebabkan semuanya terbakar.

“Apinya besar sehingga saya tak dapat menutup gas yang keluar dari tong,” ujar jiran Cai, menurut laporan South China Morning Post pada Ahad.

Melihat jirannya terkejut dan tergamam, Cai terus menariknya keluar dari rumah.

Cai menarik keluar tong gas yang sedang terbakar itu dengan pencakar tanah dan mengheretnya ke kawasan terbuka berhampiran kolam. – Sarawakvoice