Monday, November 28, 2022

Balanced Scorecard berjaya tingkat kualiti perkhidmatan Kerajaan Negeri

Secara Rawak

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Morshidi Abdul Ghani yakin sistem penilaian indeks prestasi utama “Balanced Scorecard” yang dilaksanakan oleh semua jabatan dan agensi di negeri ini berjaya meningkat kualiti perkhidmatan awam di Sarawak.

Menurutnya mereka yang tidak menggunakan sistem itu dalam pada hari ini akan berasa ketinggalan, dan terpinggir kerana semua jabatan dan agensi kerajaan negeri telah melaksanakannya untuk mencapai sasaran mereka.

abg-jo-adenan-0000

“Sarawak merupakan satu-satunya kerajaan negeri yang melaksanakan sistem ini, dan ia turut diiktiraf oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam Kecemerlangan Perkhidmatan Awam Sarawak 2016 di Pusat Konvensyen Borneo, dekat sini malam tadi.

Morshidi berkata, menerusi amalan ini, setiap agensi akan mengenal pasti peranan startegik mereka, dan menentukan jumlah indeks prestasi utama yang perlu dicapai.

“Peranan-peranan kritikal inilah yang dinilai dua kali setahun, menerusi kaedah speedometer, bagi menentukan setakat mana pencapaian sesuatu jabatan dan agensi itu.

“Jika ia berkurangan, maka jabatan dan agensi itu perlu bekerja keras untuk meningkatkan prestasi dan keupayaan mereka selepas itu.

“Malah setiap jabatan dan agensi mesti memiliki ‘streched score’, yakni jangkauan sasaran yang lebih, dan sekiranya mereka berjaya mencapainya, maka mereka akan memperoleh bonus pencapaian,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sistem balanced scorecard ini hanya untuk menilai sasaran kecekapan dan perkhidmatan setiap jabatan sahaja.

Untuk keberkesanan sistem penyampaian pula, kita perlu melakukan survei dalam kalangan rakyat atau pelanggan, bagi menentukan sama ada ia turut dipenuhi,” tegasnya.

Ketika ini, Kerajaan Negeri memiliki sekitar 30,000 penjawat manakala Kerajaan Pusat 100,000 penjawat di Sarawak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru