Thursday, September 29, 2022

Amanah komited tubuh kesatuan pembangkang lawan BN, miliki 1 logo, 1 manifesto

Secara Rawak

SHAH ALAM: Amanah bersama Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) komited menubuhkan kesatuan pembangkang bagi menghadapi Umno-BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) dengan penetapan 1 logo, 1 manifesto dan gerak kerja.

Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Amanah di Shah Alam, usaha tersebut sebagai persediaan pembangkang menumbangkan Umno dan BN.

Sebelum ini, penasihat PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad pada Konvensyen PH berkata pembangkang harus bertanding di bawah 1 logo dan 1 manifesto seperti BN untuk menang pilihan raya akan datang.

Katanya, kunci kejayaan parti pembangkang pada pilihan raya akan datang ialah penyatuan semua parti.

Mat Sabu berkata, demi memastikan Umno tumbang, parti pembangkang perlu bersatu dan mempunyai hala tuju politik yang jelas.

Mat Sabu berkata, hanya kerjasama politik yang dapat memberi jawapan kepada dilema politik di Malaysia. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru