Thursday, September 29, 2022

Penculik masuk ke dalam perangkap Pasukan Gerakan Am

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri berkata kerajaan akan merangka langkah selanjutnya susulan insiden penculikan tiga suspek dipercayai penculik dari selatan Filipina ditembak mati dalam kejadian tembak-menembak dengan Pasukan Gerakan Am (PGA) pada jam 9.30 malam, kelmarin.

Untuk itu, Datuk Seri Najib Razak berkata, Pasukan keselamatan Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengenal pasti individu yang diculik di perairan Sabah semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

screen-shot-2016-12-10-at-08-10-15

“Terima laporan kejadian tembak-menembak dan cubaan menculik di dua lokasi di Sabah semalam, Lahad Datu dan Semporna,” kata Perdana Menteri melalui catatan di blog rasminya hari ini.

“PGA kita bertempur dengan penjenayah dari Selatan Filipina dan menembak mati tiga suspek dipercayai penculik, manakala dua lagi berjaya diberkas dan seorang tebusan berjaya diselamatkan.

Pihak anggota keselamatan masih lagi menjejaki dua lagi lelaki terbabit, dan kurang pasti sama ada mereka sudah mati atau masih hidup kerana kejadian berkenaan berlaku dalam keadaan gelap gelita.

Seorang lagi tebusan turut dilarikan di kawasan Pulau Gaya, Semporna.

Lelaki terbabit telah menculik dua orang nelayan dalam tiga rompakan, dan mereka dikatakan menuju ke sebuah perahu nelayan untuk melakukan satu lagi rompakan dan menculik mangsa lain apabila menyedari bahawa mereka sebenarnya bertembung dengan anggota PGA.

Najib berkata beliau turut menerima laporan seorang daripada anggota keselamatan Malaysia cedera ditembak dan kini dirawat di Hospital Semporna, dan berdoa supaya anggota keselamatan itu selamat.

Perdana Menteri berkata pujian harus diberikan kepada pasukan keselamatan Malaysia atas tindakan pantas mereka, kerana bukan mudah untuk mengawal kawasan perairan yang begitu luas.

Najib berkata kerajaan mahu tindakan wajar, tegas dan berkesan diambil bagi menangani ancaman sedemikian.

“Jangan beri walau sedikit ruang kepada penjenayah-penjenayah menceroboh dan kucar-kacirkan negara. Teruskan pelihara perairan, sempadan dan kedaulatan negara,” kata Najib.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun sebelum ini, dilaporkan berkata terdapat dua juragan bot yang diculik masing-masing di Perairan Bekapit di Lahad Datu, dan Pulau Gaya di Semporna.

“Seorang mangsa culik ditemui selamat manakala dua lagi penjenayah hilang bersama seorang mangsa culik,” katanya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru