234 Ahli Parlimen  setuju Presiden Korea Selatan dipecat

SEOUL:  Ahli Parlimen Korea Selatan meluluskan usul bersejarah memecat Presiden, Park Geun-Hye berikutan skandal rasuah.

Dengan itu, beliau akan kehilangan kuasa sebagai Presiden, dan kuasa tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri sekali gus memungkinkan tercetusnya ketidaktentuan politik di negara ini.

Bagaimanapiun, sama ada Park akan terus kehilangan kuasa, bakal ditentukan mahkamah perlembagaan.

Mahkamah itu berhak menolak dan mengembalikan kembali kuasa kepada Geun-Hye.

Keputusan semalam kemungkinan akan memakan masa sehingga enam bulan, dan dalam tempoh itu Park masih boleh kekal di kerusinya, tetapi tanpa kuasa.

Undian  semalam menyaksikan 234 menyokong, 56 menentang manakala sembilan undi lagi berkecuali dan tidak sah daripada keseluruhan 300 Ahli Parlimen.

Keputusan itu mencetuskan kegembiraan dalam kalangan aktivis anti-Park yang telah turun ke jalanan memprotes dalam beberapa minggu lalu.

Keputusan diumumkan Speaker Dewan Negara, Chung Sye-Kyun sekali gus menyaksikan kuasa Geun-Hye selaku presiden digantung.

Perdana menteri akan bertindak selaku pemangku Presiden sehingga mahkamah mengumumkan keputusan.

Park merupakan Presiden pertama yang dipilih melalui pilihan raya  di Korea Selatan ditendang dari kerusinya. – Sarawakvoice