Jatuh dari tingkat 7: Pekerja binaan bergayutan 30 minit  dalam keadaan kesakitan

0
9

ZHEJIANG: Malang tidak berbau terutama di tempat kerja.

Itulah sebabnya, di tapak pembinaan, sentiasa ditekankan, “Utamakan Keselamatan” atau “Safety First”.

Qianjing Evening News  melaporkan seorang pekerja pembinaan di sini terpaksa  bergayutan  selama setengah jam selepas tergelincir dari tingkat tujuh bangunan yang sedang dibina.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Xu terpaksa menahan derita dan kesakitan apabila dia tergantung pada tali keselamatan pada ketinggian 20 meter.

Mangsa patah dua tulang rusuk dan dua lagi retak.

Pihak bomba berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan Xu  yang kelihatan berlumuran darah.

Disebabkan tangga gagal digunakan untuk menurunkan Xu, pihak bomba terpaksa menggunakan kren untuk melepaskan lelaki berkenaan.

Mangsa  dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Keadaannya dilaporkan stabil. – Sarawakvoice