Monday, August 8, 2022

SEB nafi malam ini Sarawak bergelap

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak Energy Berhad menafikan bahawa akan berlaku gangguan elektrik di seluruh negeru pada malam ini, seperti yang disebarkan menerusi media sosial.

Dalam satu kenyataan sebentar tadi, syarikat itu mendakwa pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang notis berhubung perkara tersebut.

Berita itu adalah palsu dan kami menasihatkan orang ramai agar tidak memanjangkan maklumat whatsapp dan facebook palsu ini untuk mengelakkan sebarang ketidakselesaan, katanya.

Untuk sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SEB di talian 1300 88 3111. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru