Pinjam wang: Foto, video bogel 160 wanita muda, mahasiswi didedah kepada orang ramai

0
56

BEIJING: Ratusan foto dan video wanita telanjang yang digunakan sebagai jaminan atas pinjaman pada layanan peminjaman wang atas talian China, Jiedaibao, telah bocor kepada orang awam.

Kebanyakan gambar berkenaan ialah milik 160 perempuan muda  dalam simpanan Jieddaibao.

Berdasarkan foto-foto yang bocor itu, majoriti peminjam ialah perempuan muda dan mahasiswi, yang lahir pada 1993–1997.

Foto bogel berkenaan adalah sebagai jaminan, dan jika peminjam gagal membayar kembali pinjaman, foto itu akan dihantar kepada keluarga dan teman-teman mereka.

Mereka juga dibolehkan membayar pinjamannya dengan seks. Sebuah skema baru peminjaman wang di China yang tengah popular akhir-akhir ini mewajibkan perempuan peminjam memberikan jaminan berupa foto telanjangnya lengkap dengan identiti.

Jika pinjaman tidak segera dilunaskan, pemberi pinjaman berhak mengedarkan foto bogel tersebut untuk tatapan umum.

Indian Today melaporkan sebuah fail berukuran 10 gigabit berisi maklumat peribadi serta gambar bugil telah dibocorkan, tetapi tidak pula diketahui siapa yang membocorkannya.

Jiedaibao yang ditubuhkan JD Capital pada 2015,  membolehkan pemberi pinjaman untuk beroperasi secara anonim, tetapi memerlukan peminjam untuk mengungkapkan nama asli mereka ketika melakukan transaksi.

Pemberian pinjaman hanya diberi kepada perempuan.

Jumlah pinjaman dan kadar faedah dapat disesuaikan untuk memenuhi keperluan peminjam, tetapi umumnya peminjam dikenakan kadar faedah 30 peratus seminggu daripada jumlah  pinjaman. – Sarawakvoice