Monday, August 15, 2022

Sertai Kem Sukan bola sepak dan hoki, tarikh tutup 8 Disember

Secara Rawak

KUCHING: Perbadanan Sukan Sarawak mempelawa remaja dan kanak-kanak berusia sembilan hingga 14 tahun menyertai Kem Sukan yang akan diadakan di Kompleks Sukan Sarawak sempena cuti persekolahan ini.

Ketua Pegawai Esekutifnya, Dr Ong Kong Swee berkata, penyertaan adalah terbuka namun berdasarkan “siapa dahulu, dia dapat.”

kem-sukan-swak-0000 Ia melibatkan dua jenis sukan iaitu sukan bola sepak yang akan ditangani oleh jurulatih daripada Sekolah Antarabangsa Tunku Putra manakala sukan hoki pula dikendalikan oleh Persatuan Hoki Sarawak.

Jelas Ong, ini merupakan julung kali kem seumpama ini dianjurkan dan ia dianggap sebagai perintis ke arah mewujudkan Sarawak sebagai “kuasa sukan”, dengan mencungkil bakat pada usia muda.

“ Untuk sukan bola sepak, ia akan diadakan selama empat hari bermula 13 Disember depan.

“Terhad kepada 100 penyertaan sahaja, kem ini bagaimanapun hanya terbuka kepada kanak-kanak berusia 9 hingga 14 tahun.

Menurutnya, yuran penyertaan serendah RM250 seorang akan dikenakan dan bayaran ini meliputi makanan, alat latihan serta program kejurulatihan.

“Dikendalikan oleh jurulatih bertauliah, latihan bola sepak akan diadakan di Padang C, Stadium Sarawak yang menggunakan rumput tiruan atau sintetik.

Untuk latihan sukan hoki katanya, penyertaan terhad kepada 40 peserta sahaja, dengan kadar yuran yang sama.

kem-sukan-swak-0001

“Latihan akan berlangsung di Stadium Hoki, Petra Jaya pada 19 hingga 22 Disember depan.

“Latihan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan berusia 10 ke 12 tahun serta 13 ke 14 tahun.

Jelas Ong, sekiranya berjaya, jumlah sukan pada kem-kem ini pada masa akan datang akan ditambah.

“Ini merupakan inisiatif baharu kita bukan sahaja untuk mencari dan mengembangkan bakat baharu, bahkan untuk membolehkan kemudahan dan gelanggang yang baharu di Kompleks Sukan Sarawak dapat digunakan oleh segenap lapisan rakyat.

“Kita percaya dengan adanya program ini, kanak-kanak ini dapat menggunakan dan membiasakan diri dengan kemudahan yang sedia ada, seterusnya meningkatkan minat mereka dalam bidang sukan yang diceburi.

Menurutnya, tarikh tutup penyertaan kem adalah pada 8 Disember ini, dan kepada yang berminat, boleh menghubungi urus setia kem, Gobil Tuah di talian 019-8896167, Michael Chua 016-8090990 dan Nurfarihin Hanim 011-12605707. – Sarawakvoice

kem-sukan-swak-0002

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru