Pesara polis layak sila isi borang, mohon bantuan TAWP

KUCHING: Pesara polis atau atau waris mereka yang layak menerima Tabung Amanah Warisan Polis (TAWP) dialu-alukan mengisi borang permohonan TAWP yang boleh didapati di pejabat polis seluruh Sarawak atau di Pejabat Kebajikan IPK Sarawak.

TAWP ditubuhkan pada 1952 bertujuan membantu kebajikan pegawai dan anggota polis semua peringkat yang telah bersara termasuk tanggungan mereka.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Abd Aziz Yusof berkata, TAWP membantu empat kategori pertolongan iaitu bantuan khairat kematian, bantuan pergerakan, perubatan dan anggota palsu, bantuan pendidikan dan bantuan bencana alam.

Abd Aziz menyampaikan cek TAWP kepada 26 penerima yang layak pada Majlis penyerahan cek TAWP bagi Kontinjen Sarawak di Dewan Mes Pegawai Kanan, ibu pejabat Polis Kontinjen Sarawak (IPK) Jalan Badruddin pada Selasa.

Beliau berharap bantuan tersebut mampu membantu penerima. – Sarawakvoice