MCA kecam DAP undang Mahathir pada konvensyen Ahad lalu

0
3

KUALA LUMPUR: DAP dikritik keras kerana mengundang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hadir pada konvensyen peringkat kebangsaan parti itu pada Ahad lalu.

Ahad lalu, Mahathir duduk di atas pentas diapit oleh dua pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Dr Chen Man Hin.

Kehadiran  Mahathir mendapat tepukan gemuruh daripada para perwakilan.

Mahathir disifatkan sebagai tetamu paling istimewa yang hadir untuk pertama kali.

Ketika berkuasa, Mahathir menyifatkan DAP sebagai parti rasis.

Bagi DAP ia bakal meraih manfaat besar dengan kehadiran pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu.

DAP dan Mahathir saling mengkritik dan mengecam ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Namun, Ahad lalu, segalanya bagai dilipat dalam sejarah dan dilupakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pemimpin DAP pada realitinya tidak pernah mengamalkan nilai-nilai tersebut.

Beliau menggesa ahli DAP supaya keluar parti untuk menunjukkan kepercayaan mereka terhadap prinsip politik.

“Lelaki itu yang menggelar DAP sebagai parti rasis tapi sekarang Dr Mahathir kata sebaliknya,” kata Liow dalam satu kenyataan.

“Lelaki itu juga yang menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk meletakkan pemimpin DAP di dalam penjara tapi sekarang beliau memeluk dan menciumnya.

“DAP menuduh beliau sebagai diktator tetapi sekarang mereka memujanya,”

Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata pemimpin DAP sepatutnya berasa malu kerana ada segelintir anggotanya yang kini mempertikaikan tindakan tersebut. – Sarawakvoice