Sunday, December 5, 2021

Bunuh 100,000 Muslim Bosnia, Mladic bakal dipenjara seumur hidup

Secara Rawak

DEN HAAG: Dua dekad silam, lelaki bernama Ratko Mladic, bekas komandan tentera Serbia bersama-sama pemimpin politik Serbia Bosnia Radovan Karadzic didakwa membunuh kejam lebih 8,000 warga Islam Bosnia di Srebrenica.

Karadzic menerima hukuman penjara 40 tahun Mac lalu oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa kes Yugoslavia (ICTY) sepanjang Perang Bosnia 1992-1995.

maxresdefault-9

Mladic kini menjalani perbicaraan peringkat akhir di Den Haag, Belanda atas tuduhan melakukan jenayah 1995 di Srebrenica itu serta beberapa jenayah lainnya. 

Pendakwa raya menuduh, Mladic dan Karadzic mengatur konspirasi bagi membentuk negara yang hanya didiami etnik Serbia, manakala penganut Islam Bosnia dihapuskan.

Memetik Reuters pada Selasa, pendakwa raya, Arthur Traldi berkata Mladic melakukan kempen pembersihan etnik dengan menghancurkan keluarga dan warga bukan Serbia.

Mladic juga bertanggungjawab menghancurkan masjid serta gereja Katolik, mengosongkan kampung penganut Islam Bosnia, bahkan membakarnya dan menghasilkan kubur besar bagi menanam jenazah orang awam dengan kejam.

Karadzic dan Mladic didakwa membunuh lebih 100,000 jiwa dan mengambil masa 10 tahun mencari dan menangkapnya untuk didakwa di ICTY.

Jika sabit kesalahan, Mladic, 74, terancam hukuman penjara seumur hidup atas dua tuduhan pembunuhan dan sembilan tuduhan jenayah kemanusiaan serta jenayah perang. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru