Monday, August 15, 2022

Sektor francais dijangka sumbang RM27.7 bilion kepada hasil negara pada 2016

Secara Rawak

KUCHING: Malaysia menjangkakan perolehan sebanyak RM27.7 bilion daripada hasil perniagaan francais.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Henry Sum Agong berkata, industri itu kini sedang berkembang pesat dan menjadi antara penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Pada 2015, industri ini menyumbang 2.6 peratus daripada jumlah hasil negara dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM25.6 bilion,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Smart Reader Kids cawangan Jalan Penrissen dekat sini semalam.

Agong berkata, dengan komitemen berterusan oleh kerajaan, industri ini kini memiliki lebih 800 pemain utama yang mengcakupi pelbagai bidang dan sektor.

“Kerajaan melalui pelbagai kementerian dan agensi komited membantu industri ini dengan menganjurkan pelbagai program untuk mempromosikan jenama tempatan, sekali gus menembusi pasaran global,” jelasnya.

Kerana itu katanya, kementeriannya telah melancarkan Program Pembangunan Pengembangan Francais bagi mengadakan insentif kepada francaisor di negeri ini memasarkan produk mereka ke luar negeri.

Pusat Smart Readers yang semakin popular di negara ini merupakan antara contoh kejayaan industri francais dalam sektor pendidikan.

Pusat yang dirasmikan semalam merupakan yang ke-29 ditubuhkan di Malaysia Timur, dan yang ke-17 di Sarawak. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru