Sunday, September 25, 2022

Nama Muhammad untuk bayi baharu tetap popular di Britain

Secara Rawak

LONDON: Nama Muhammad tetap menjadi nama paling popular dipilih oleh ibu bapa di Britain bagi menamakan bayi baharu mereka yang baru lahir pada 2016.

Berbanding tahun lepas berada pada tangga teratas, nama Muhammad kini menduduki tangga kedua yang diberikan kepada bayi lelaki selepas dipintas nama Oliver.

Menurut daftar yang dikeluarkan oleh Babycentre, selain itu, masyarakat Britain memberikan nama bayi mereka berdasarkan nama watak dari filem sains fiksyen dan filem bertemakan superhero.

Antara nama lain yang popular diberikan kepada bayi ialah Kylo dan Leiad yang terkenal dalam filem Star Wars dan nama Harley dari filem Suicide Squad.

Nama selebriti juga menjadi pilihan bagi ibu bapa menamakan bayi baharu mereka seperti Kai, anak pemain bola sepak Wayne Rooney serta nama River anak cef terkenal Jamie Oliver. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru