Saturday, September 24, 2022

Kes denggi S’wak meningkat 20 peratus, Presin 7 Sibu catat rekod tertinggi

Secara Rawak

KUCHING: Sibu merupakan bandar yang mencatat kes tertinggi kes denggi berbanding bahagian lain di seluruh Sarawak.

Berbanding tempoh sama tahun lepas, Sarawak menghadapi peningkatan 20 peratus kes denggi.

Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata Presin 7 di Sibu mencatat rekod tertinggi berlaku kes demam denggi.

“Ini membimbangkan dan sudah pasti kita bersedia dengan rancangan untuk membanterasnya,” kata Jerip selepas merasmikan Karnival Kpsen Bahagian Kuching.

Kawasan Presin 7 di Jalan Oya, Sibu merupakan kawasan terbiar dengan banyak rumah kosong tidak didiami.

Di sini juga terdapat penempatan setinggan dengan sistem perparitan yang tidak sempurna.

Jerip berharap selain Majlis Perbandaran Sibu dan Jabatan Kesihatan berusaha membanteras denggi di Sibu, beliau berharap cadangan membangun semula Presin 7 dan pembaikan sistem perparitan dapat dilaksanakan.

Menurut Jerip pihaknya sedia berbincang dengan wakil rakyat Bukit Assek berkaitan Presin 7 Jalan Oya yang terletak di dalam kawasan wakil rakyat terbabit. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru