Gadis kecil ditelan mesin cuci

0
4

WUZHONG: Keluarga gadis kecil berusia dua tahun yang risau kerana tidak dapat mengeluarkannya dari terperangkap di dalam mesin cuci di rumahnya, segera menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan meminta bantuan.

Menurut rakaman video,

gadis kecil itu tersepit di dalam tong mesin cuci dan menderita kesakitan tatkala petugas bomba dan penyelamat mahu mengeluarkannya dari perangkap mesin cuci berkenaan.

Menurut Mirror pada Isnin, petugas mengambil keputusan menyelongkar mesin berkenaan apabila usaha mengeluarkan gadis kecil itu secara normal gagal dilakukan.

Dalam kejadian di Wuzhong, Ningxia Hui itu, petugas bomba membaringkan mesin itu dan menyelongkarnya sambil melapikkan kanak-kanak itu pada bantal kecil dan meminta dia memegang anak patungnya agar dia lebih tenang.

Usaha 20 minit yang diambil oleh petugas bomba dan penyelamat itu akhirnya berjaya mengeluarkan gadis kecil itu dari mesin cuci berkenaan.

Sebaik sahaja dikeluarkan dari mesin tersebut, kanak-kanak itu terus melompat dalam pelukan ayahnya yang mula berasa lega. – Sarawakvoice