Elektrik S’wak terjejas 6.38 petang Sabtu dan 3.30 subuh Ahad

KUCHING: Dua insiden gangguan bekalan elektrik berlaku di sebahagian Sarawak pada 6.38 petang Sabtu dan 3.30 pagi Ahad.

Kejadian pertama melibatkan Sibu, Mukah dan 30 peratus di Kuching berpunca daripada papan litar berganda di Talian Transmisi Kemena-Selangau berkapasiti 275kV terpelantik.

Menurut Sarawak Energy Berhad (SEB), keadaan ini berlaku selepas petir memancar kuat di kawasan tersebut.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan SEB Lu Yew Hung berkata, pada kejadian subuh Ahad, skim sistem pertahanan SEB diaktifkan serta-merta sehingga keadaan di Kuching terkawal sepenuhnhya 6.14 pagi.

Lu menambah, “Ini kejadian (pagi Ahad) berasingan daripada insiden Talian Transmisi Oya-Selangau berkapasiti 275kV terpelantik semalam (petang Sabtu).”

Menurut Lu sehingga talian transmisi kedua berkapasiti siap, dua hingga tiga gangguan bekalan boleh berlaku dalam setahun sehingga fasa kritikal projek siap.

Menurut beliau, melalui dua talian transmisi tulang belakang yang selari, bekalan elektrik dari loji jana kuasa di utara Bakun dan Murum akan disalurkan kepada pengguna di Sarawak.a

Menurut Lu, talian transmisi berkapasiti 500kV mampu menyediakan transmisi sokongan kedua.

Hal ini dapat mengelak gangguan elektrik jika papan litar berganda terpelantik berlaku sebagaimana peristiwa November 2015 dan Januari 2016. – Sarawakvoice