GEORGE TOWN: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub yakin mesyuarat bulanan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dijangka berlangsung 13 Disember ini, memutuskan menerima penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam PH.

Mengulas hasrat Pengerusi PPBM Tun

Tun Dr Mahathir Mohamad untuk PPBM diterima dalam PH, Salahuddin percaya tidak ada masalah bagi PH menerima PPBM menjadi satu lagi parti gabungan dalam PH.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pertama Amanah Pulau Pinang pada Ahad, Salahuddin berkata sebelum ini Tun Mahathir mahu PPBM diterima sebagai satu keluarga dalam pakatan, bukan sekadar “pakatan plus-plus” sahaja.

Jika hal ini menjadi kenyataan, PH akan disertai Amanah, DAP, PKR dan Bersatu.

Sebelum ini, Tun Mahathir pada Konvensyen PH di Shah Alam 12 November, berkata

pihaknya menyelesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum menyertai

PH termasuk menjadikan pakatan sebagai satu entiti gabungan. – Sarawakvoice