Saturday, December 3, 2022

Buang peraja perbuatan syirik, jangan amalkan – JAIS

Secara Rawak

KUCHING: Masih ramai pasangan Islam di negeri ini tidak sedar bahawa upacara “membuang peraja” atau “membuang ancak” ke dalam sungai merupakan perbuatan syirik dan kurafat.

Pegawai Agama Islam Bahagian Kuching, Ustaz Ramzen Ambi, amalan yang sudah sebati dengan perkahwinan pasangan Melayu itu perlu dihindari dan dielakkan kerana ia bertentangan dengan syariat Islam.

“Antara kawasan yang sering kali menjadi tumpuan untuk melontar peraja ini ialah Jambatan Satok, Jambatan Santubong dan Tebingan Kuching,” katanya lagi.

Peraja yang dibuang lazimnya mengandungi sirih, pinang, rokok dan telur yang dijampi, bagi menandakan kesejahteraan perhubungan suami isteri yang membina hidup baharu.

Ramzen ditemui pada Majlis Nikah Perdana anjuran

Seramai 27 pasangan mengikat hati menjalin cinta dalam majlis yang dirasmikan oleh Pengarah JAIS, Ismail Mohd Hanis.

Ismail dalam ucapan perasmiannya berkata, program nikah beramai-ramai di masjid pada kali ini mencipta rekod kerana melibatkan 27 pasangan, berbanding 11 pasangan pada tahun lalu.

“Ia usaha yang baik kerana selain menjimatkan kos perkahwinan, ia juga membolehkan sulaman cinta ini dimuktamadkan di rumah Allah,” katanya lagi.

Dengan sambutan yang sangat positif ini katanya, program ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru