Tuesday, August 9, 2022

DAP umpama buaya tidak menolak bangkai – Ketua Umno

Secara Rawak

PULAU PINANG:  Ketua UMNO Bahagian Jelutong, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata DAP  selama ini ibarat buaya yang tidak menolak bangkai, namun tiba-tiba bagai hilang selera untuk mengambil tindakan mahupun menyaman individu yang mendakwa parti itu atau pemimpin mereka mengamalkan salah laku.

“Kita tahu selama ini DAP akan cepat bertindak membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman terhadap mereka yang cuba merosakkan imej DAP mahupun imej Guan Eng.

“Tetapi atas beberapa persoalan yang dilemparkan, Guan Eng lebih mengambil pendekatan kunci mulut dan membiarkan persoalan tersebut tidak berjawab,” katanya kepada umno online.

Beliau berkata, sehingga hari ini Guan Eng masih tidak menjawab persoalan berkaitan status CEC malah jawatannya sebagai Setiausaha Agung.

“Ketika Guan Eng menandatangani watikah pilihan raya untuk membentuk kerajaan Negeri Pulau Pinang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13, status CEC DAP masih belum disahkan. Jadi, adakah watikah pelantikan itu sah atau tidak?,” ujarnya

“Selain itu, Guan Eng juga masih gagal memberi penjelasan lengkap mengenai projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.34 bilion. Ini belum lagi kegagalannya berkaitan isu pembinaan rumah kos rendah dan sederhana yang katanya telah dibina namun sehingga hari ini tidak tahu lokasinya di mana,” katanya.

Sebelum ini, Guan Eng menafikan bahawa kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal membina rumah kos rendah dan sederhana sejak mengambil teraju pemerintahan negeri pada tahun 2008.

Guan Eng mendakwa membina 11,596 rumah berharga kos rendah dan sederhana berharga antara RM42 ribu hingga ke RM72 ribu dan daripada jumlah tersebut, 3,421 buah rumah telah dibina oleh kerajaan dan selebihnya oleh pihak swasta.

Namun begitu Guan Eng tidak menyatakan di manakah perumahan terbabit dibina dan ianya menjadi persoalan yang harus dijawab, katanya.

Selain itu, ujar Razak, Guan Eng juga terus gagal menjawab isu harga kos rumah sederhana rendah (KSR). Kerajaan Dap Pulau Pinang katanya telah membeli rumah KSR dari pemaju dengan harga RM140 ribu sedangkan harga siling bagi jenis rumah berkenaan ditetapkan pada harga RM72,500 sahaja.

“Begitu juga dengan tuduhan yang lebih serius oleh bekas sekutu mereka yang mendakwa Dap menerima dana sebanyak AS$300 juta (RM1.2 bilion) pada PRU-13 lalu oleh Israel.

“Jika kita menuruti modus operandi puak DAP ini, mereka akan segera menyaman mana-mana pihak yang mengkritik mereka. Tetapi sehingga ke hari ini mengapa DAP terus menikus. Inilah yang menjadi persoalan dan sekali gus seakan membuktikan bahawa dakwaan-dakwaan tersebut adalah benar,”  kata  Razak lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru