Wednesday, December 7, 2022

Naik minyak pukul, tumbuk isteri dan ipar dengan rotan, gara-gara gagal pujuk mertua serahkan duit RM38,000 di Tabuan Dusun

Secara Rawak

KUCHING: Seorang lelaki “naik minyak” lantas mencederakan isterinya sendiri dan adik iparnya dengan rotan gara-gara gagal mendapatkan wang sebanyak RM38,000 daripada ibu mertuanya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisoner Abang Ahmad Abang Julai berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.30 petang Isnin lalu ketika di sebuah rumah di Lorong Kedandi, Tabuan Dusun dekat sini.

“Suspek yang berang dengan keputusan ibu mertuanya itu bertindak menyerang adik iparnya dengan rotan sehingga cedera di bahagian kepala.

“Suspek turut menghambat lengan isterinya dengan rotan terbabit, sambil melepaskan satu tumbukan ke mukanya di dalam kereta, setelah diajak pulang.

Suspek, seorang peniaga berusia 26 tahun kemudian ditahan sepasukan anggota siasatan jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching, susulan dua laporan polis yang diterima.

“Dia kini sedang ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, denda dan sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru