Thursday, December 8, 2022

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bakal ganti UPSR

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Format Ujian penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang menjadi isu kecaman dan dijadikan punca prestasi keputusan ujian tersebut menurun baru-baru ini, tidak ditukar sewenang-sewenangnya kerana format tersebut telah diperkenalkan sejak 2010.

Datuk Seri Mahdzir Khalid.Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ketika menjawab soalan Datuk Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) berkata pelajar diberikan persediaan selama enam tahun sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR format baharu pada tahun ini.

Sementara itu, Mahdzir pada 27 Oktober lalu memaklumkan kajian berkaitan cadangan untuk menggantikan UPSR dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kini sudah memasuki fasa akhir.

Beliau berkata, keputusan cadangan memansuhan UPSR dijangka dimuktamadkan tahun hadapan.

Kementerian Pendidikan mula menjalankan analisis dan sedang mempertimbang masa yang sesuai memutuskan perkara tersebut.

Menurut Mahdzir, “kita membuat analisa berdasarkan pandangan ahli akademik dalam negara, modul dari negara lain yang boleh diketengahkan dan juga daripada guru berpengalaman, “ kata beliau di Lobi Parlimen.

Mahdzir berkata sesetengah negara seperti Perancis dan Finland, mereka mentaksir murid berdasarkan penilaian sekolah termasuk pentaksiran psikometrik, kokurikulum dan sahsiah pelajar, berbanding Malaysia hanya menilai akademik murid. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru