Yuran pengajian univerisiti swasta, GLU bakal naik?

PUTRAJAYA: Selaras dengan kuasa autonomi dimiliki universiti dalam melaksana tugas pentadbiran masing-masing, maka tiada halangan bagi universiti swasta dan universiti berkaitan kerajaan (GLU) menaikkan yuran pengajian.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berkata, “ini adalah satu daripada proses liberalisasi dalam pendidikan tinggi yang kita laksanakan,” kata beliau mengutip laporan Bernama.

Selepas menyaksi majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Multimedia Universiti dan Universiti Kuala Lumpur, Idris bagaimanapun mengingatkan agar universiti tidak sewenang-wenang menaikkan yuran pengajian.

“Universiti swasta kalau menaikkan yuran terlalu tinggi, orang pun tidak akan pergi kerana mereka kerana masih ada pilihan lain,” kata Idris.

Mengenai Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555), Idris berkata semakan untuk akta tersebut sudah mendapat syor daripada pihak Peguam Negara dan akan dibentang di kabinet kelak. – Sarawakvoice