Tuesday, June 28, 2022

Tentera Myanmar bakar lima lagi desa Rohingya, musnahkan 1,250 rumah

Secara Rawak

RAKHINE: Kumpulan Hak Asasi Manusia pada Isnin menunjukkan bukti baru dari rakaman satelit bahawa tentera Myanmar bertindak ganas membakar lima desa rakyat Rohingya serta memusnahkan 1,250 rumah dan struktur bangunan lain.

Berdasarkan rakaman satelit yang diambil di Rakhine, bersempadan dengan Bangladesh, kumpulan hak asasi mengecam kerajaan Myanmar yang masih berdiam diri dan menyangkal tindakan ganas tentera terbabit.

Sebelum ini, kerajaan Myanmar mengatakan sekitar 400 rumah dibakar oleh Rohingya sendiri bertujuan menimbulkan salah faham antara tentera kerajaan dengan rakyat Rohingya.

Mengutip kenyataan Pengarah Hak Asasi Manusia Asia, Brad Adams, menyebut rakaman satelit terbaru itu mengkhuatirkan.

“Masalah ini diselidiki kerajaan Myanmar dan mengadili mereka yang bertanggungjawab,” ujar Adams.

Sekitar 1.1 juta warga Islam Rohingya mendiami Rakhine, Myanmar dengan status kewarganegaraan dan hak asas mereka tidak diiktiraf kerajaan atas alasan mereka ialah dari komunitas Rohingya yang merupakan pendatang tanpa izin Bangladesh.

Siri keganasan terhadap masyarakat Rohingya berulang semula di bawah kepimpinan Aung San Suu Kyi, yang sebelum ini pernah ditindas junta tentera.

Aktivis mendakwa tentera kerajaan membunuh lebih 70 warta Rohingya dan menangkap lebih 400 yang lain.

Saksi dan mangsa mendakwa tentera Myanmar turut memperkosa wanita Rohingya.

Dakwaan menyatakan, operasi yang dilakukan tentera sengaja menghapuskan warga Rohingya dengan bukti terdapat mayat warga Rohingya bergelimpangan.

Sekitar 30,000 warga Rohingya melari diri di sempadan dan laut mengelak penganiyaan tentera Myanmar.

Sementara itu, pemerhati politik antarabangsa di Indonesia, Arya Sandhiyuda seperti diterbitkan Okezone, menggesa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat dan bertindak ke atas pelaku

Arya menganggap peristiwa Rohingya merupakan tragedi kemanusiaan terbesar dekad ini.

“Mereka didiskriminasi sebagai warganegara, padahal telah tinggal di Myanmar beberapa generasi. Sebahagiannya mempertaruh nyawa berlayar, daripada dibunuh di Myanmar,” kata Arya. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru