Saturday, August 20, 2022

5,732 perwakilan sertai Perhimpunan Agung UMNO 2016

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Seramai 5,732 perwakilan UMNO dijangka menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula Isnin ini, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perhimpunan itu akan diliputi oleh 1,193 petugas media dari 48 agensi media tempatan dan antarabangsa.

Perhimpunan Agung UMNO akan bermula pada 29 November sehingga 3 Disember.

Ia   dimulai dengan Majlis Taklimat Presiden, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan secara tertutup di Dewan Merdeka pada 29 Nov jam 2.00 petang.

Sesi berkenaan diikuti dengan Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Merdeka pada jam 8.00 malam.

Tengku Adnan dalam sidang media semalam berkata daripada jumlah itu, 2,762 hadir untuk perhimpunan agung.

Bagi Perhimpunan Pergerakan Wanita pula, katanya, seramai 993 orang, Pemuda sebanyak 992 perwakilan dan Pergerakan Puteri akan disertai 991 orang perwakilan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru