Tuesday, June 28, 2022

Syria, Rusia ganyang Aleppo hingga tinggal hospital terakhir

Secara Rawak

Kerakusan Presiden Syria Bashar al-Assad dengan bantuan sekutunya Rusia terus mengganyang warga awam di Aleppo, bahkan sehingga tiada lagi hospital yang tinggal.

Badan Kesihatan Dunia (WHO) mengecam serangan udara yang melumpuhkan operasi seluruh hospital di kawasan bergolak sehingga petugas perubatan tidak berdaya membantu warga yang cedera akibat gempuran tentera rejim Assad.

Penasihat Keselamatan Nasional Rumah Putih AS, Susan Rice, mengutuk serangan udara yang melumpuhkan operasi hospital di Aleppo.

Bahkan, Rice meminta Rusia, sekutu Assad melakukan sesuatu mencegah serangan berikutnya.

“Kami meminta Rusia mengurangkan berlaku keganasan dan membantu membenarkan kemasukan akses bantuan kemanusiaan di Syria,” kata Rice.

Serangan udara terus menerus menggempur bahagian timur Aleppo sejak Selasa lepas.

Syria dan sekutunya melumatkan Aleppo, membunuh pejuang serta mengusir penduduk awam.

https://www.youtube.com/watch?v=2kDOsuioNVQ

Serangan darat terhadap pemberontak diteruskan pada Jumaat lepas.

Badan pemantau perang Syria, Syrian Observatory for Human Rights menyebut sekitar 27 orang termasuk anak-anak terbunuh akibat serangan tersebut.

Pesawat perang, kereta kebal dan helikopter, tidak berhenti menyerang timur Aleppo yang padat penduduk pada Sabtu lepas merosakkan prasarana penduduk serta menyebabkan bekalan makanan dan bahan bakar terancam.

Menurut Reuters, wakil WHO di Syria, Elizabeth Hoff, mengesahkan seluruh hospital di timur Aleppo, tidak dapat beroperasi.

Walaupun beberapa hospital di Aleppo masih beroperasi, namun ia sama seperti tidak beroprasi kerana penduduk khuatir dengan banyaknya serangan yang mengancam hospital.

Perang saudara di Aleppo bermula 2011 dan Rusia bergabung menjadi sekutu Syria sejak September 2015.

Assad dan Rusia berdalih berkaitan serangan ke atas hospital di Aleppo.

Assad menyebut serangan di Aleppo hanya dilakukan pada markas dan gudang pemberontak.

Manakala, Rusia mengatakan mereka hanya melakukan serangan udara di kawasan tertentu di Syria.

Televisyen Syria menyiarkan rakaman kanak-kanak yang cedera ketika mendapatkan rawatan di hospital. Banyak yang menangis ketakutan.

Tragedi terbaru kali ini mencatatkan 115 warga awam terbunuh, sementara 78 pejuang maut.

Lebih 300,000 orang terkorban semenjak konflik Syria pecah, Mac 2011.

Kini Aleppo terpulau tanpa bantuan kemanusiaan dengan petugas perubatan menangis menahan pilu ketika melepaskan “pemergian” bayi pramatang dari inkubator mereka. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru