Thursday, December 8, 2022

Sheda bantu kerajaan sediakan rumah mampu milik

Secara Rawak

KUCHING: Selain kerajaan sendiri sebagai pemain utama berperanan menangani isu kekurangan rumah mampu milik melalui pelaksanaan dasar dan polisi perumahan baharu, sektor swasta diseru bersama-sama menyediakan rumah mampu milik khusus buat golongan berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Mewakili Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada Anugerah Kecemerlangan dan Majlis Makan Malam Tahunan Sheda 2016 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg menyeru Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (Sheda) dan semua pemaju swasta membantu kerajaan mengatasi isu rumah mampu milik ekoran pertumbuhan pesat bandar.

Adenan memandang tinggi usaha Sheda dan menghargai peranan mereka yang aktif memberi input dan cadangan kepada Kerajaan Negeri berhubung isu rumah mampu milik.

Adenan menganjurkan projek hartanah dan perumahan yang bakal dilaksanakan harus mengambil kira faktor strategik, peluang perniagaan, reka bentuk kejiranan dan keadaan kediaman yang sihat dan selamat, selain dapat mewujudkan inisiatif penyediaan peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, pihak Kementerian Perumahan dan Urbanisasi sendiri menubuhkan Jawatankuasa Projek Pembaharuan Bandar Sarawak terus memainkan peranan menyelaras dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengatasi isu pembaharuan bandar di negeri ini

Presiden Sheda Joseph Wong Kee Liong dalam ucapannya pada majlis tersebut, meminta Kerajaan Negeri melibatkan ahli kumpulan Sheda dalam skim rancangan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di negeri ini.

Wong menggesa Kerajaan Negeri meluluskan cadangan skim perumahan mampu milik kepada ahli Sheda agar mereka dapat bersama-sama memenuhi keperluan rakyat terutama golongan pertengahan.

Pada majlis itu, Pengarah Urusan Naim Holdings Berhad Datuk Hasmi Hasnan dianugerahkan SHEDA Property Man of the Year 2016.

Sementara, pelbagai kategori anugerah disampaikan kepada ahli kumpulan Sheda. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru