Saturday, August 20, 2022

Annuar: Biar Mahathir tahu taat kami ahli UMNO kepada Najib

Secara Rawak

Kebelakangan ini Tun Dr  Mahathir  Mohamad banyak kali secara sinis dan jelas menghina ahli UMNO dan UMNO kononnya hilang arah perjuangan kerana mempertahankan Datuk Seri Najib Razak, kata, Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau cuba menyampaikan keperluan ahli UMNO menjatuhkan DS Najib Razak.

Kemuliaan UMNO bukan kerana nama UMNO, kemuliaan UMNO bukan kerana ia sebuah parti yang memerdekakan Malaysia.

Kemuliaan UMNO terletak pada DS Najib. Kemuliaan UMNO bukannya terletak pada jasad DS Najib Razak.

Akan tetapi kemuliaan UMNO terletak pada jawatan yang disandang oleh DS Najib Razak.

Selagi mana jawatan tersebut disandang oleh ahli UMNO dan sekarang ini disandang oleh DS Najib Razak, selagi itu Tuhan memuliakan UMNO dari makna “Jamaah” bersumberkan beberapa hadis.

Mengikut hadis berkenaan “Jamaah”, sesuatu kumpulan diiktiraf sebagai “Jamaah” apabila ia mewakili kumpulan terbesar dan seorang pemimpin dilantik dari kumpulan tersebut.

Dan kerana itu, ahli “Jamaah” atau parti wajib taat dan mempertahankan pemimpin selagi mana arahan pemimpin tidak menyimpang dari Ahli Sunah Wal Jamaah.

Malah perbuatan mempertahan pemimpin serta taat padanya (dalam konteks Malaysia dan UMNO ialah DS Najib Razak) diberi banyak kelebihan dan imbuhan tertinggi ialah syurga dan perbuatan menentang pemimpin termasuk dalam dosa besar. Ini semua ada dalil hadis yang sahih.

Maka apa-apa sahaja hinaan Mahathir, takkan sesekali dapat merubah janji Allah. Dan apa sahaja kata katanya, adalah amat berlawanan dengan apa yang ada dalam agama.

Maka dalam masa seminggu sebelum PAU bermula. Isu ini menjadi keutamaan saya dalam menyedarkan ahli UMNO supaya apabila mereka dihina dengan kata kata yang bersumberkan kenyataan Mahathir. Mereka mampu menjawab dengan penuh bangga dan sekaligus menempelak manusia yang bernama Mahathir. Manusia mengajak orang Islam ke arah kebinasaan dan kehinaan kerana mengikuti Bersih. Manusia yang hendak menjadikan umat Islam termasuk dalam kategori “Killabunnar: anjing anjing neraka”. Manusia yang cuba mengajak umat islam menderhaka pada Tuhan dengan cara menderhaka kepada pemimpin.

Semua ini ada dalil quran dan hadis yang sahih.

Dan satu cabaran bagaimana masa yang ada, maklumat ini sampai ke setiap hati dan jiwa ahli UMNO. Supaya akhirnya mereka mampu berkata: Presiden parti kami dan PM kami, dengan lafaz bismillah dan sumpah atas kitabullah.

Kami akan mempertahan serta mentaati DS Najib seperti diperintahkan Tuhan kami. Kami akan sentiasa mempertahan serta mentaati kamu (DS Najib Razak), selagi mana kamu tidak menyuruh kami melakukan maksiat dan perkara yang membatalkan syahadah kami, maka pimpin lah kami selagi mana Tuhan mengizinkan kamu menjadi pemimpin kami”

Dan biarlah baiah ini tidak sekadar bergema dalam PWTC. Akan tetapi mampu menggegarkan hati manusia yang hilang pedoman untuk melihat kekuatan kami ahli UMNO bersatu dan setia dibawah seorang pemimpin.

Biar manusia bernama Mahathir tahu taat kami ahli UMNO kepada DS Najib kerana ia satu fardhu kepada setiap umat Islam dalam Malaysia.

Satu minggu yang tidak patut dilepaskan begitu sahaja.

Tan Sri Annuar Musa ialah Ketua Penerangan Umno

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru