Thursday, December 8, 2022

Masih ada sekolah sekat pelajar lemah duduki ujian demi maruah

Secara Rawak

SIBU: Sesetengah sekolah sanggup menyekat pelajar atau muridnya yang lemah dan tercorot daripada menduduki peperiksaan demi memastikan Gred Purata Sekolah (GPS) tidak merosot.

Dr Annuar Rapee
Dr Annuar Rapee

Marah dengan tindakan sebegitu, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Penyelidikan Sains dan Bioteknologi), Dr. Annuar Rapa’ee menyelar sikap segelintir pihak sekolah yang dianggapnya sebagai mengkhianati perjuangan pendidikan anak bangsa.

“Ini perjuangan guru besar dan guru sekolah hanya semata-mata mahu mempertahankan maruah sekolah.” ujar Dr Annuar yang sedih melihat pelajar lemah dilayan sedemikian.

Bercakap merasmikan Majlis Konvokesyen Kali Ke-50 Sekolah Kebangsaan (SK) Bandaran Sibu No.3 di Dewan Suarah pada Sabtu beliau meminta agar guru menerima hakikat tidak semua pelajar sama kekuatannya dalam menerima pelajaran di kelas.

Sebaliknya, Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka itu menyarankan agar guru sepatutnya memberi lebih perhatian kepada pelajar lemah dan bermasalah dalam pembelajaran agar tidak ketinggalan dengan pelajar lain.

“Kita mesti memberi tumpuan bukan sahaja kepada pelajar yang cepat belajar, guru seharusnya memberi tumpuan lebih terhadap pelajar lambat menerima tunjuk ajar di kelas,” ujar Dr Annuar.

Pada majlis tersebut, 136 pelajar Tahun Enam termasuk tujuh pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta 33 pelajar prasekolah diraikan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru