JOHOR BAHRU:  Lima orang daripada dua keluarga terkorban dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di KM77 Jalan Johor Bahru-Mersing di Kota Tinggi, dekat sini, petang  Jumaat.

Tiga beranak antara lima yang maut dalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, kemalangan kira-kira jam 3.45 petang itu membabitkan kenderaan jenis Perodua Alza yang menghala ke Mersing dari Kota Tinggi, manakala Proton Saga FLX dari Terengganu ke Bandar Penawar, Kota Tinggi.

screen-shot-2016-11-20-at-10-01-54-am

“Kemalangan itu dipercayai berlaku selepas kenderaan Perodua Alza itu memotong di garisan putih berkembar di kawasan berbukit dan bertembung dengan kereta Proton Saga berkenaan,” katanya.

Katanya, hasil siasatan mendapati kenderaan Alza dan Proton Saga remuk teruk di bahagian hadapan.

Rahmat berkata, hasil siasatan mendapati bahawa hujan turun di kawasan terbabit sebelum kemalangan berlaku sehingga jalan raya basah dan licin.

Akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Alza iaitu Siti Nurullfarhah Md Shafi’i, 20; bersama ayah dan ibunya – Md Shafi’i Kassim, 56; dan Asnah Kassim, 54; serta seorang penumpang kereta Proton Saga – Nora Atiqah Sazumi, 13, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk di kepala dan badan.

Ayah Nora, Sazumi Yahya, 55, pula meninggal dunia kerana kecederaan di kepala di Hospital Kota Tinggi ketika mendapatkan rawatan, manakala ibunya Yusniza Yusof, 45, serta kakaknya Nora Alina, 19, cedera dan masih dirawat di hospital sama. – Sarawakvoice