Lelaki dibayar RM18 untuk adakan hubungan seks dengan lebih 100 wanita, gadis, dan remaja

NSANJE: Seorang lelaki dalam usia 40-an di sini, Eric Aniva mengakui telah mengadakan hubungan seks dengan lebih 100 perempuan muda dan wanita.

Dia mengakui bertindak demikian sesuai dengan peranannya sebagai ‘hyena’.

Dua orang isterinya tahu akan tugas Eric yang kini mempunyai lima orang anak.

Eric ketika bercakap kepada BBC mengakui terdapat 10 orang ‘hyena’ di kampungnya.

Untuk tugas itu, mereka dibayar antara RM18 hingga RM30 setiap kali selepas melaksanakan tugas ‘pembersihan seks’.

Mahkamah di sini mendapati beliau bersalah kerana terbabit dalam amalan yang disifatkan sebagai merosakkan.

Mengakui menghidap HIV, Eric ditangkap pihak berkuasa selepas bercakap secara terbuka dan terus terang dalam wawancara untuk dokumentari yang disiarkan BBC.

Budaya dan kepercayaan di sesetengah kawasan di selatan Malawi seperti di Lilongwe dan Blantyre menuntut lelaki yang dikenali sebagai ‘hyena’ untuk mengadakan hubungan jenis dengan wanita mandul atau wanita yang baru kematian suami.

Tujuannya untuk mengeluarkan semangat jahat dan elak kematian lain daripada berlaku dalam keluarga terbabit.

Atas permintaan ibu bapa keluarga, memetik AFP, ‘hyena’ juga dibayar untuk mengadakan seks dengan remaja perempuan dan anak gadis bagi membuktikan mereka sudah mencapai kematangan sesudah ‘datang bulan’ pertama selama tiga hari berturut-turut.

Jika anak remaja perempuan berkenaan enggan, dipercayai penyakit dan kematian akan menimpanya.

“Kebanyakan mereka yang saya tiduri ialah perempuan, yang masih di bangku sekolah. Ada yang hanya berusia 12 atau 13 tahun, tetapi saya lebih suka yang lebih tua. Semua perempuan berkenaan seronok saya memainkan peranan sebagai ‘hyena’,” kata Eric.

“Mereka bangga, dan beritahu orang lain, bahawa lelaki itu memang lelaki sejati, dan dia tahu bagaimana memuaskan wanita,” kata Eric bangga.

Eric ditangkap polis pada Julai selepas Presiden Peter Mutharika mengeluarkan arahan.
Amalan berkenaan dikutuk NGO dan pihak gereja. – Sarawakvoice