Friday, August 19, 2022

Khaled Nordin: Umno berdepan perjuangan hidup mati pada PRU-14

Secara Rawak

JOHOR BHARU: Umno akan berdepan cabaran paling sengit pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata pengerusi Umno Johor.

Menyifatkannya sebagai perjuangan hidup atau mati, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengingatkan ahli dan pemimpin Umno agar tidak memandang ringan ancaman dan cabaran berkenaan, sekali gus mahu mereka bersiap sedia menghadapi serangan berkenaan.

datuk-seri-mohamed-khaled-nordin

Katanya, serangan itu bukan sahaja dapat daripada musuh tradisi tetapi juga bekas rakan seperjuangan yang kini berada di luar.

Beliau sebenarnya merujuk kepada pengerusi Parti Pribumi bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“PRU  akan datang akan jadi PRU paling sengit, penentu hidup mati Umno. Kita perlu pertahankan parti kita, lebih-lebih lagi pada saat ini ketika kita berdepan cabaran berterusan menjadi bahan kritikan dan senda,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap pada majlis perasmian Persidangan Tahunan Veteran Umno Bahagian-Bahagian Johor di sini, semalam yang dihadiri 300 veteran.

Justeru, ketika Umno berdepan cabaran dan persepsi negatif, katanya, semua ahli dan pemimpin akar umbi perlu bersiap siaga bagi mendapat keyakinan rakyat dan pengundi.

Parti yang ditubuhkan di tangga Istana Besar perlu relevan, bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi bukan Melayu serta generasi masa depan, katanya.

Umno, menurut Khaled perlu bertindak proaktif agar parti itu tidak dikuburkan pada PRU nanti, sebaliknya ia hendaklah berusaha giat untuk memperjuangkan agama Islam, tanpa perlu mengikut jejak langkah Pas. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru