Kekasih gelap ditangkap “melekat” berzina di hotel

KENYA: Sesiapa masih ingat peristiwa pasangan isteri orang yang  berselingkuh dengan suami orang di Petra Jaya sekitar dua dekad lepas dikatakan “melekat” sehingga dibawa ke hospital untuk menanganinya.

Kes tersebut tidak pernah disahkan kesahihannya.

Kini, pada Khamis lepas di pasar Mbili Daraja dan estet Nyanchwa di bandar Kisii penduduk disajikan dengan drama memalukan pada apabila sepasang kekasih gelap terperangkap ketika menikmati buah terlarang di Hotel West Gauge di barat daya Kenya.

Hotel di pasar sibuk itu jadi heboh apabila tiba-tiba dipecahkan suara jeritan kesakitan meminta tolong dari sepasang kekasih yang “melekat” ketika melakukan zina.

Wanita bernama Sabina Moraa dikatakan membohongi suaminya, meninggalkan rumah kononnya hendak ke tempat kerja.

Sebaliknya dia merancang melakukan perselingkuhan dengan suami orang di bandar.

Nairobi News pada Jumaat melaporkan, suami kepada wanita tersebut sudah mengesyaki isterinya curang dan memberikan ramuan yang disediakan oleh seorang dukun bernama Annet Muthei kepada isterinya sebelum keluar rumah.

Ramuan itu dikatakan dicipta supaya pasangan terbabit tidak dapat dipisahkan bagi membuktikan kesalahan mereka.

Namun, ada juga media yang berkata insiden itu berlaku kerana faktor medikal.

Ketika heboh terdengar jeritan kuat dari dalam bilik, pemilik hotel membuka pintu.

Ketika itu, beberapa penduduk yang sudah menunggu di luar hotel menyerbu masuk dan membawa keluar pasangan yang masih melekat di dalam selimut itu.

Media tempatan melaporkan, atas arahan si suami, pasangan itu dibawa berjumpa bomoh Annet Muthei yang memasang ramuan melekatkan mereka itu untuk memisahkan mereka semula.

Kedua-dua mereka dibawa ke rumah bomoh di estet Nyanchwa beberapa kilometer dari pasar Daraja Mbili.

Bomoh tersebut meminta lelaki berkenaan berjanji untuk membayar denda sebelum dia memisahkan “lekatan” berkenaan.

Penduduk memuji usaha bomoh yang dikatakan dapat membantu menyingkirkan perbuatan tidak bermoral di bandar.

Seorang saksi lain, Anna Kerubo berkata, “kita tak mahu wanita yang menghina masyarakat kita.

“Mereka yang mengesyaki pasangan mereka perlu digalak mengambil langkah yang sama.”

Bomoh itu juga memberitahu media agar menjadikan insiden itu sebagai pengajaran da tidak curang dalam perkahwinan.

Mengesahkan kejadian tersebut, Timbalan OCS Pusat Kisii, Philip Kimanzi, berkata pasangan melekat di hotel tempatan itu dipisahkan oleh bomoh yang menuntut lelaki berkenaan membayar Sh50,000.

“Kedua-dua mereka ditahan oleh pegawai kami dengan bomoh sekali. Namun, suami wanita terbabit dibebaskan,” kata Kimanzi. – Sarawakvoice