Sunday, January 23, 2022

Demokrasi  tidak mungkin lenyap semata-mata kerana angan-angan seorang tua

Secara Rawak

KUALA LUMPUR:  Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, demokrasi tetap tegak kukuh di Malaysia dan tidak mungkin lenyap semata-mata kerana angan-angan seorang tua yang pernah mengaku dirinya sebagai diktator semasa berkuasa.

Meskipun tidak menamakan siapa orang tua itu, Salleh jelas merujuk kepada  bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah berusia 92 tahun.

Semalam, Mahathir yang turut memakai kemeja T Bersih dalam ucapannya di perhimpunan Bersih semalam mengakui fizikalnya lemah, tetapi semangatnya tetapi kuat untuk menentang kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Foto: Tun Carlos
Jurufoto: Tun Carlos

Salleh dalam satu kenyataan malam tadi berkata, majoriti rakyat Malaysia menolak sikap hipokrit Bersih dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Mahathir.

Bersih berarak di jalan raya menuntut diadakan pilihan raya bersih, tetapi berdasarkan sambutan dingin semalam, termasuk di Kuching yang hanya dihadiri sekitar 200 orang, ia gagal mencapai matlamatnya.

Berasaskan jumlah peserta Bersih 5 yang keluar semalam, Salleh berkata ini menunjukkan kegagalan serius buat Dr Mahathir dan parti baharunya, rakan baharu dalam gabungan Pakatan Harapan yang diketuai DAP.

Beliau berkata penubuhan parti baharu Dr Mahathir bertujuan menghimpunkan penyokong baharu orang Melayu untuk Pakatan Harapan dan Bersih 5.

Namun, ujarnya, mereka yang berarak hari ini hanya tiga peratus daripada perhimpunan Bersih tahun lepas.

Jumlah yang hadir dalam perhimpunan diadakan di kawasan KLCC semalam, menurut Salleh hanya  15,500  berbanding 500,000 tahun lepas yang didakwa Bersih.

“Jikapun anda ambil kira angka yang diberikan Malaysiakini, jumlah hari ini tidak lebih daripada 41,000 – kurang daripada 10 peratus daripada angka yang didakwa Bersih tahun lepas,” katanya.

Salleh berkata, kesan daripada Dr Mahathir dan kroninya menyertai Bersih menyaksikan jumlah peserta yang keluar menurun hampir 97 peratus.

“Orang Melayu mengesan agenda peribadinya dan enggan turut serta. Dan beribu-ribu rakyat Cina Malaysia yang menyertai Bersih tahun lepas begitu mual melihat Mahathir terlibat, mereka duduk saja di rumah,” kata beliau.

Salleh  berkata majoriti rakyat Malaysia dapat melihat bahawa PPBM parti yang ‘sudah berlalu’ dan menemui kegagalan dan ia ditubuhkan hasil kekecewaan Mahathir akibat anaknya tidak berpeluang menjadi perdana menteri selepas Umno menolak beliau. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru