Saturday, May 21, 2022

Sekolah dan IPT dikenal pasti sasaran sindiket dadah di Sarawak – Karim

Secara Rawak

KUCHING: Beberapa buah sekolah, terutamanya di Daerah Kuching serta beberapa institusi pengajian tinggi dikenal pasti sebagai sasaran sindiket pengedaran dadah di negeri ini.

Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, biarpun keadaan sebenarnya masih terkawal dan tidak kronik namun usaha membanterasnya tetap gigih dilakukan oleh semua pihak.

datuk-abdul-karim-rahman-hamzah01

“Saya tidak boleh menamakan sekolah-sekolah tersebut, namun agensi-agensi dan jabatan berkaitan kini sedang bekerja keras untuk membanteras aktiviti negatif ini,” katanya selepas mempengerusikan Majlis Tindakan Membanteras Dadah Peringkat Negeri Sarawak di Pusat Tranformasi Bandar dengan sini.

Antara tindakan yang diambil termasuklan mengadakan ujian air kencing dan persampelan rambang secara rambang kepada pelbagai peringkat pelajar di negeri ini.

Sehingga 11 bulan pertama tahun ini katanya, seramai 17 pelajar sekolah yang berusia sekitar 14 hingga 18 tahun telah ditangkap oleh pihak berkuasa bersabit kesalahan ini.

“Manakala 18 individu yang turut ditahan adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam (6) dan swasta(12) kerana kes yang sama,” katanya lagi.

Secara keseluruhan katanya, golongan yang ditakrifkan remaja yang ditahan pihak berkuasa bersabit kesalahan ini adalah seramai 69 orang.

Biarpun Sarawak menjadi negeri ketiga paling kurang kes dadah di negara ini, jumlah rampasan dadah tetap tinggi, kata Karim.

datuk-abdul-karim-rahman-hamzah02

Sehingga November tahun ini, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak berjaya merampas 8.016 kilogram ganja dan 9.203 kilogram syahbu di seluruh negeri ini.

“Turut dirampas 1.47 kilogram pil ketamine manakala 24,359 pil dan 651 gram serbuk ecstasy, selain 1,573 pil eramin 5.

Pada masa yang sama katanya, JSJN turut merampas 12,632 biji nospan yang turut menjadi pilihan penagih remaja di luar bandar, selain penagihan bahan inhalan atau gam.

Penagihan nospan dan hidu gam ini kata Karim, amat popular di luar bandar, dan ia sebenarnya terlatak di bawah Akta Racun.

“Kita telah dan akan terus berusaha untuk meminta pimpinan negara mengkategorikannya sebagai “dadah”, bagi mengekang ia dijual secara terbuka dan berleluasa, serta membolehkan anak-anak muda mudah membelinya,” katanya Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Sarawak itu lagi. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru