Mayat gadis kanser dibeku untuk dibangkitkan semula ratusan tahun lagi

LONDON: Sebaik sahaja meninggal dunia akibat kanser pada Oktober lalu, jasad gadis berusia 14 tahun yang dirahsiakan identitinya dibawa ke Amerika Syarikat untuk dibeku secara cryonics.

Cryonic merupakan kaedah kontroversi yang mendakwa jasad si mati mampu dibangkitkan semula kelak.

Gadis tersebut sebelum ini mahu jasadnya dibekukan agar dapat dihidupkan kembali pada masa depan sebaik sahaja ubat baru dijumpai bagi menyembuh penyakitnya.

Dia memenangi perbicaraan tersebut di mahkamah beberapa waktu sebelum menghembus nafas terakhirnya.

Keinginan gadis tersebut disokong oleh ibunya, namun mendapat tentangan ayahnya.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun menyebelahi keinginan gadis tersebut dan membenarkan ibunya memenuhi permintaan gadis tersebut.

Gadis penghidap kanser itu menjelaskan keinginannya kepada hakim untuk hidup lebih lama dan tidak mahu dikuburkan di bawah tanah.

Dia menganggap proses cryonics dapat memberinya peluang memenuhi hasratnya “hidup lama”.

Cryonics ialah proses membeku dan mengawet jasad bertujuan menghidupkan kembali si mati apabila ubat berjaya ditemui pada masa depan.

Gadis tersebut menulis, “jika diawetkan dengan cryonics memberi saya peluang disembuhkan dan dibangunkan bahkan dalam ratusan tahun kemudian,” katanya memetik laporan BBC pada Jumaat.

Hakim Peter Jackson yang memutuskan perkara tersebut sempat mengunjungi gadis tersebut di hospital.

Beliau memberitahu keputusannya bukan berkaitan dengan salah atau tidak kaedah cryonics, tetapi keputusan diberi sebagai memenangan kehendak gadis tersebut.

Beliau kagum dan mengatakan sangat tersentuh hatinya melihat keberanian gadis tersebut berdepan dengan maut.  – Sarawakvoice