Tuesday, June 28, 2022

Cinta pandang pertama: Andartu 80 tahun kahwini duda 95 tahun

Secara Rawak

MIAMI, AMERIKA SYARIKAT:  Cinta tidak mengenal usia. Kadangkala begitu lama untuk mencari cinta dan menemui pasangan dan Mr Right.

Inilah yang terjadi terhadap andartu, Maria Teresa Cobar yang berusia 80 tahun.

Maria pertama kali bertemu dengan Carlos Suarez, 95 tahun pada Februari, lalu wanita itu jatuh cinta pandang pertama.

Sejak mula, mereka tidak lagi dapat dipisahkan.”Kali pertama saya melihatnya, saya terus rasa bahagia,” kata Maria yang tidak pernah mendirikan rumah tangga sebelumnya.

Suarez yang dilahirkan di Guatemala, dan berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 26 tahun, akhirnya melamar Maria selepas lapan bulan memadu kasih, memungkinkan Maria menamatkan zaman bujangnya. 10 November lalu.

Maria yang kesepian selama ini, kini punya pasangan untuk untuk mengisi hatinya.

“Saya kesepian sekian lama, dan ini ialah anugerah daripada Tuhan,” kata Maria seperti dipetik Miami Herald.

Pada 2006, Suarez kematian isteri, tetapi tidak pernah berputus asa untuk mencari cinta baharu. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru