Sarang walit M’sia masuki pasaran China  guna standard khas elak disekat

0
3

KUALA LUMPUR: Pada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke China awal November lepas, beliau merundingkan pengeksportan sarang burung walit ke negara kuasa ekonomi baru dunia itu.

Bagaimanapun, demi melicinkan usaha mengeksport produk tersebut ke China ia memerlukan standard khas dijangka sedia digunakan enam bulan lagi.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata piawaian itu penting bagi membolehkan pengeksportan sarang burung walit secara terus ke China berjalan lancar.

Ahmad Shabery menjawab soalan tambahan Datuk Dr Shamsul Nasarah (BN-Lenggong)

Berkaitan langkah angkah kerajaan memastikan eksport sarang burung walit ke China selamat dan tiada sekatan dikenakan.

“Jabatan Perkhidmatan Veterinar dipertanggungjawab memastikan produk sarang burung walit memenuhi 35 syarat yang ditetapkan China sebelum produk itu dihantar ke sana,” kata Ahmad Shabery dalam Sesi Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat pada Khamis seperti dilaporkan Bernama.

Tidak mahu perkara yang sama berlaku empat tahun lepas berulang semula, Ahmad Shabery berkata standard khas itu diperlukan bagi mengelak produk tersebut ditolak dari pasaran China sekiranya terdapat kandungan yang tidak selamat.

Beliau turut mengingatkan pengusaha sarang burung walit agar tidak memproses sendiri bahan itu kerana kerja pembersihannya rumit.

Menurut beliau, kerja pembersihan sarang burung walit memerlukan tempat khas seperti kilang yang diiktiraf di China.

Hari ini, terdapat 20,000 pengusaha sarang burung walit di seluruh Malaysia. – Sarawakvoice