Thursday, December 8, 2022

UPSR 2016: Tiga calon daerah Saratok peroleh 6A, hanya seorang di daerah Betong

Secara Rawak

SARATOK: Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini menyaksikan keputusan yang penuh variasi dicapai oleh calon yang menduduki ujian berkenaan di sini.

Daerah Saratok dengan 855 calon menduduki peperiksaan berkenaan mencatatkan keputusan hanya tiga calon berjaya memperoleh 6A.

Dengan pencapaian itu meletakkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), daerah tesebut berada di tangga ke-20 dalam carta pencapaian UPSR peringkat Negeri Sarawak.

Tiga sekolah yang menyumbang calon yang memperoleh keputusan cemerlang 6A ialah Sekolah Kebangaan (SK) To’ Eman Nyabor, SK Saint Peter Saratok, dan SK Nanga Drau.

Keputusan bekenaan menyumbang kepada pencapaian sebanyak 60.94 peratus dengan GPS 3.23.

Sementara itu jiran terdekat, daerah Betong menyaksikan hanya seorang memperoleh 6A daripada 1242 calon yang menduduki ujian berkenaan tahun ini.

Keputusan berkenaan meletakkan pencapaian daerah itu ditakuk kedua tercorot iaitu di tempat ke-30 daripada 31 PPD di negeri ini.

Tahun ini PPD Dalat dengan 485 calon dan mencatatkan pencapaian 3 calon cemerlang 6A menduduki anak tangga teratas peringkat negeri dengan GPS 2.91.

Manakala PPD Tatau menduduki tempat paling corot (31) selepas keputusan diumumkan. Tiada seorang calon memperoleh keputusan 6A dengan GPS 3.54.

Untuk seluruh negeri Sarawak keputusan UPSR tahun ini menyaksikan hanya 284 calon memperoleh keputusan cemerlang 6A.

Tahun ini merupakan tahun pertama UPSR menggunakan format baharu selepas diperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada 2011.

Seramai 41,380 calon di seluruh negeri ini menduduki ujian tersebut tahun ini. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru