KAHERAH: Disebabkan pertelagahan tentang harga secawan teh, akhirnya seorang anggota polis kini perlu meringkuk seumur hidup di dalam penjara.
Namun, hukuman penjara seumur hidup di Mesir biasanya hanya bagi tempoh 25 tahun.
Anggota polis berkenaan dikatakan telah menembak mati penjual minuman teh berkenaan dan mencederakan dua yang lain dengan raifal selepas dia enggan membayar harga untuk teh yang diminumnya.
Memetik The Telegraph, pegawai polis berkenaan dikenali sebagai Al-Sayyed Zeinhem Abdel Razzaq, kemudian ditahan oleh orang ramai yang berang.
Kejadian itu mencetuskan tunjuk perasaan dan protes dalam kalangan penduduk di Rehab, di luar bandar raya ini.
Keganasan polis terhadap orang awam sesuatu yang lumrah di negara ini.
Pada Februari seorang pegawai polis menembak mati seorang pemandu teksi berusia 24 tahun selepas perkelahian tentang tambang.
Protes meletus sehingga akhirnya polis berkenaan dipenjarakan sepanjang hayat.
Sebelum itu, seorang pegawai polis masuk ke hospital dan memaksa doktor menjahit luka di kepalanya – luka yang sebenarnya direka. Apabila doktor enggan melakukannya, dia pun dibelasah polis tersebut
Akhirnya, doktor di Mesir mogok sebagai tanda protes terhadap keganasan polis.
Bagaimanapun, anggota polis terbabit boleh merayu hukuman itu. – Sarawakvoice