Tuesday, June 28, 2022

Messi marah, boikot media tuduh pemainnya ambil ganja

Secara Rawak

Messi, 29, sangat marah dan mengumumkan memboikot media apabila pemainnya Ezequiel Lavezzi dituduh mengambil ganja selepas sesi latihan.

Messi bersama 25 anggota pasukan meninggalkan sidang akhbar selepas pertandingan berakhir menentang Colombia pada Selasa lepas.

Meskipun Argentina menang 3-0 ke atas Colombia ia hanya berada pada tangga kelima untuk tersisih daripada pra-Piala Dunia.

Kekalahan Argentina kepada Brazil 0-3 pada Jumaat lepas mengecewakan dikecam peminat.

“Kami mendapat banyak tuduhan, selalu tidak dihargai dan kami tidak pernah mengatakan apa-apa pun,” ujar Messi dikutip daripada berita sukan CNN.

Messi merujuk kepada laporan radio yang menuduh pemain depannya, Lavezzi mengambil marijuana atau ganja selepas sesi latihan dan tuduhan tersebut sudah dibantah oleh Lavezzi.

Bahkan, Lavezzi merancang membawa wartawan radio tersebut ke mahkamah kerana tidak berpuas hati dengan laporan yang merosakkan imejnya.

“Kami tahu ada banyak yang tidak menunjukkan penghormatan kepada kami, tapi mengusik kehidupan peribadi seseorang merupakan perbuatan yang sangat buruk,” tambah Messi.

Empat pasukan yang berada di empat teratas kumpulan Amerika Selatan automatis masuk ke pusingan final pra-Piala Dunia, sementara pasukan berada pada sisi kelima ke bawah menyertai play-off antara benua. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru