Sunday, June 26, 2022

Mahkamah batal hukuman mati mantan Presiden Mursi, lima Ikhwan Muslimin

Secara Rawak

KAHERAH: Mahkamah Agung Mesir membatalkan hukuman mati terhadap mantan presiden Mesir Mohamad Mursi yang turunkan secara dikudeta oleh tentera bersama lima anggota Ikhwan Muslimin pada Selasa lepas.

screen-shot-2016-11-17-at-7-57-11-amHakim juga menolak hukuman penjara seumur hidup terhadap 21 anggota Ikhwan Muslimin.

Mahkamah Agung turut mengarahkan agar Mursi bersama lima anggota Ikhwan Muslimin yang lain dibicara semula berkaitan dakwaan membebaskan tahanan penjara pada 2011 semasa demonstrasi menentang mantan Presiden Husni Mubarak.

Mursi merupakan presiden terpilih secara demokrasi pertama Mesir pada 2012 ketika berlaku Arab Spring, sehingga menggulingkan rejim Husni Mubarak.

Bagaimanapun, setahun kemudian tentera di bawah al-Sisi bangun memberontak dan melakukan kudeta menjatuhkan Mursi dari kerusi presiden.

Mursi bagaimanapun, masih berdepan tiga hukuman penjara berkaitan dakwan lain yang dikenakan terhadap beliau.

Mursi bersama lebih 100 tahanan lain dikenakan hukuman mati pada Mei 2015 atas tuduhan bersekongkol dengan kumpulan Hamas Palestin dan Hisbullah Lubnan membebaskan sebahagian pelarian dari penjara.

Pada Januari 2011, ketika itu Mursi sendiri ditahan di penjara Wadi Natroun ketika sekumpulan lelaki bersenjata menawan pengawal penjara sambil membebaskan ribuan tahanan.

Kerajaan pimpinan al-Sisi menuduh Mursi bersama tertuduh lain termasuk pemimpin Ikhwan Muslimin Mohammed Badie menculik serta membunuh pengawal penjara.

Mereka turut didakwa merosak dan menjarah senjata penjara.

Pada Jun 2015, mahkamah melalui perbincangan dengan Mufti Besar Mesir, Shawi Allam, mengenakan hukuman mati terhadap Mursi serta 98 tahanan lain.

Menurut Reuters, penyokong Mursi berpendapat perbicaraan terhadap Mursi dan pemimpin serta anggota Ikhwan Muslimin lainnya bermotif politik, bertujuan menutup kudeta yang dilakukan tentera di bawah pimpinan al-Sisi yang menjadi presiden sekarang.

Berita Mena turut melaporkan Mahkamah Agung Mesir membebaskan dua anak lelaki Husni Mubarak.

Alaa dan Gamal ditangkap selepas Arab Spring, dijatuhi hukuman tiga tahun penjara bersama ayahnya pada Mei 2015 atas dakwaan menggelapkan dana kerajaan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru