Tuesday, June 28, 2022

Kerajaan tarik balik pemotongan RM380 juta peruntukan perubatan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pemotongan peruntukan RM380 juta untuk perolehan perubatan bagi 2016 ditarik balik bagi memastikan bekalan perubatan di hospital kerajaan sentiasa mencukupi, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Hilmi berkata, arahan penarikan balik pemotongan itu dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas pihaknya membuat rayuan.

“Penarikan ini sekali gus tidak menimbulkan persoalan kekurangan bekalan perubatan selain usaha kementerian mengoptimumkan penggunaan ubat-ubatan bagi mengelakkan pembaziran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad Baihaki Atiqullah (PAS-Kubang Kerian) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Baihaki ingin tahu mengenai langkah kementerian itu menyelesaikan masalah kekurangan bekalan ubat di hospital kerajaan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru