Tuesday, June 28, 2022

Kerajaan India haramkan Yayasan Dr Zakir Naik

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kerajaan India mengharamkan Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) pendakwah, Dr Zakir Naik selama lima  tahun kerana didakwa terbabit dalam kegiatan keganasan.

Akhbar India Express   melaporkan, Kabinet India meluluskan cadangan mengisytiharkan IRF sebagai “pertubuhan haram” di bawah Akta Pencegahan Kegiatan Haram selama 5 tahun.

“Agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang akan mengekalkan pemantauan ketat terhadap semua aktiviti yayasan itu,” kata seorang pegawai kanan kerajaan  seperti dipetik akhbar itu.

Langkah itu diambil selepas siasatan Kementerian Dalam Negeri mendapati NGO itu didakwa mempunyai hubungan mencurigakan dengan Peace TV, sebuah saluran Islam antarabangsa didakwa menyebarkan keganasan.

Kementerian Dalam Negeri India turut berkata, Zakir yang mengetuai IRF didakwa memberi banyak ceramah berbentuk provokatif dan propaganda keganasan.

Ceramah Dr Zakir mendapat sambutan hangat di negara ini dengan ada daripada pendengarnya terus mengambil keputusan memeluk agama Islam selepas mendengarnya.

Kebanyakan program yang diterbitkan di India dan didakwa mengandungi ceramah benci Zakir yang dilaporkan “menggesa semua umat Islam menjadi pengganas” melalui Peace TV.

Akhbar itu melaporkan polis Maharashtra membuka siasatan jenayah terhadap Zakir kerana disyaki terbabit  dalam kegiatan menarik pemuda menyertai aktiviti keganasan.

The Indian Express melaporkan, pendakwah berpangkalan di Mumbai itu yang kini berada di negara lain, tidak pulang ke India sejak kontroversi itu tercetus.

Pegawai turut mendakwa Zakir memindahkan dana asing IRF ke Peace TV untuk menghasilkan program “tidak menyenangkan”.

Awal bulan ini, NGO milik pendakwah berkenaan, diletakkan di bawah kategori perlu mendapat keizinan terlebih dahulu, justeru menghalangnya daripada mendapatkan dana dari luar.

Dalam pengumuman yang diwartakan, Kementerian Dalam Negeri berkata, berdasarkan rekod yang diperoleh dan laporan diterima daripada agensi perisikan, didapati Tabung Amanaah Pelajaran telah melanggar beberapa peruntukanbeberapa peruntukan di bawah Akta Kawal Selia Sumbangan Luar (FCRA)  2010. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru