Tuesday, June 28, 2022

Trump sukarkan pencalonan LA jadi tuan rumah Olimpik 2024?

Secara Rawak

LOS ANGELES: Adakah sikap Donald Trump sebagai bakal presiden Amerika Syarikat ke-45 yang antipendatang dan anti-Islam akan mengganggu perancangan pencalonan Los Angeles sebagai tuan rumah Olimpik 2024.

2024-logos-strip-norome

Datuk Bandar LA, Eric Garcetti bercakap di hadapan Jawatankuasa Olimpik Nasional setiap negara pada pertemuan di Doha, Selasa lepas berkata, “usaha ajuan kami menjadi tuan rumah Olimpik 2024 mengalahkan keadaan politik (di AS).

“Semua orang tahu ajuan LA merupakan sebahagian daripada AS,” kata Eric menurut AFP.

Bahkan, menurut beliau agenda pencalonan LA menjadi tuan rumah Olimpik disokong oleh kedua-dua calon,  Trump dan Hillary Clinton semasa kempen dalam pemilihan lepas.

Spekulasi menyebut kempen pencalonan LA sebagai tuan rumah Olimpik 2024 selepas Tokyo 2020 terancam jika Trump menduduki kerusi presiden.

Selepas Hamburg dan Rom menarik diri daripada pencalonan tuan rumah menganjur Olimpik 2024, LA, Budapest dan Paris saling bersaing dengan Paris dikatakan sebagai kota yang berpotensi memenangi pencalonan tersebut.

LA bagaimanapun sudah dua kali menjadi tuan rumah Olimpik iaitu pada 1984 dan 1932. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru