Sunday, June 26, 2022

Trump keluarkan 3 juta imigran, bina tembok di sempadan Mexico

Secara Rawak

NEW YORK: Donald Trump sekali lagi menegaskan sebaik sahaja memasuki Rumah Putih pada Januari 2017, beliau akan beraksi menangani isu imigran tidak sah di Amerika Syarikat (AS).

Kini, beliau menumpukan sasarannya memindahkan tiga juta imigran keluar dari AS.

screen-shot-2016-11-16-at-9-20-18-am

Trump turut berjanji mendirikan tembok di sepanjang sempadan dengan Mexico sebagaimana disuarakannya dalam kempen pemilihan presiden sejak setahun lepas.

Dalam kempen yang lepas, bahkan, Trump pernah berjanji mahu menghantar pulang 11 juta imigran yang tinggal di AS tanpa dokumen imigresen yang lengkap.

Trump menyebut semula janji tersebut semasa wawancaranya dengan CBS Ahad lepas.

“Tapi kita akan mengeluarkan mereka dari negara ini, karena mereka berada di sini secara tidak sah” ujar Trump memetik The Guardian.

Dalam wawancara tersebut, Trump turut menyebut berkaitan imigran yang terdiri daripada “orang hebat”.

“Apabila sempadan selamat dan setelah semua normal, kita akan memutuskan rancangan berkaitan orang hebat itu. Mereka orang hebat, tapi nanti kita akan membuat keputusan tentang mereka,” ujar Trump.

Trump juga menyebut semula janjinya membangunkan tembok di sepanjang sempadan Mexico bagi menghalau imigran tidak sah dari Amerika Latin itu.

Bagi Trump, pembangunan tembok penting meghalang imigran tanpa dokumen yang berjaya memasuki AS melalui pagar di sempadan.

Hingga kini, sepanjang 3,200 kilometer sempadan AS-Mexico sudah dihadang pagar. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru