Wednesday, August 17, 2022

Politik keganasan rosakkan keharmonian masyarakat

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Politik pelampau atau keganasan bukan budaya rakyat negara ini dan perlu dihindari kerana ia boleh menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai etnik dan menjerumuskan negara di ambang kemusnahan, kata Ketua Umno Bahagian Cheras.

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee_0000

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, akibat daripada itu rakyat akan menjadi mangsa kezaliman politik manakala struktur ekonomi dan sosial akan turut runtuh.

“Ini semua pengajaran dalam politik moden, keganasan atau tindakan pelampau untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan secara tidak sah hanya akan memberi kesan buruk kepada negara berkenaan,”katanya dalam umno bahagian cheras.blogspot.my.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata, tuntutan pelampau politik di negara ini dengan  menganjurkan perhimpunan amat tidak jelas apa maksudnya selain berselindung di sebalik tirai demokrasi dan kebebasan bersuara.

Sebenarnya, ujar beliau, rakyat tidak tahu dan keliru apa sebenarnya yang mereka mahu menerusi perhimpunan tersebut.

“Tetapi, tindakan mereka menganjurkan perhimpunan haram memberi erti bahawa kumpulan pelampau ini tidak menghormati hak rakyat dan sistem demokrasi di negara ini”, tegasnya.

“Sejak kebelakangan ini, ada kumpulan seperti tidak memperdulikan aspek keselamatan dan seolah-olah cuba bertindak mengatasi kuasa polis,” jelasnya.

Tambahnya, kaedah memilih kerajaan secara demokrasi hanya boleh dilakukan menerusi sistem Pilihan Raya Umum (PRU).

“Cukup tempoh (PRU), rakyat akan memberi undi tanpa sebarang tekanan, maka pihak yang mahu mengambil alih pentadbiran negara sewajarnya membuktikan mereka lebih berkemampuan daripada parti pemerintah sedia ada.

Sehubungan itu, Syed Ali mengingatkan seluruh pemimpin politik supaya tidak menjebakkan diri mereka dengan politik keganasan untuk mengambil kuasa secara jalan pintas.

Beliau kesal kerana pelampau politik menggunakan kaedah merusuh atau berhimpun di jalanan untuk menunjukkan kekuatan masing-masing sehingga mengetepikan aspek perundangan dan keselamatan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru