Wednesday, December 7, 2022

Juara sulung volidariti AFC 2016 milik Nepal

Secara Rawak

KUCHiNG: Nepal muncul sebagai juara sulung Piala Solidariti AFC 2016 yang berakhir di Stadium Sarawak, dekat sini malam tadi.

Anak-anak buah Koji Gyotoku itu menang menerusi jaringan tunggal Sujal Shreshtha, yang menanduk masuk hantaran lintang Bharat Khawas pada minit ke-29.

afc-2016-nepal-champion01

Bermain di atas padang yang sedikit basah di Stadium Sarawak, anak-anak buah Koji seharusnya boleh menang dengan jaringan lebih besar setelah menguasai perlawanan sejak awal permainan.

Bagaimanapun tindakan penyudah yang lemah menyebabkan mereka gagal menambah jaringan.

“Saya tidak berpuas hati dengan permainan malam. Anak-anak buah saya seharusnya lebih bijak menggunakan peluang yang terhidang.

“Mereka seharusnya menang lebih besar dan bukannya hanya 1-0, “ katanya.

Jelasnya, bagaimanapun beliau berpuas hati dengan permainan yang ditunjukkan oleh barisan pertahanan, termasuk penjaga gol, Kiran Kumar Limbu, yang sebelum pada separuh akhir lalu, mengecewakannya biarpun berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti.

Kemenangan ini katanya, amat besar ertinya kepada anak-anak buahnya, kerana Nepal tidak mengharungi banyak perlawanan kompetetif di peringkat antarabangsa.

“Tetapi perlawanan pada kejohanan kali ini amat berbaloi kerana kami bertemu sebanyak empat pasukan sekali gus.”

afc-2016-nepal-champion02

Macau cuba bangkit terutama pada babak kedua, namun anak-anak buah Tam Iao San bagai keletihan dan tidak bermaya.

Malah kelibat Nicholas Mario Tarrao juga gagal menyerlah, lantaran strategi pertahanan Nepal yang ditangani oleh Ananta Tamang dan kapten, Biraj Maharjan dengan baik.

Bagi Ketua Jurulatih Macau, Tam Iao San, Nepal layak menang kerana mereka memiliki kelebihan dari semua segi termasuk kemahiran, kepantasan dan kerjasama yang baik.

“Kami bersyukur kerana telah mencapai sasaran ke perlawanan akhir, dan gembira memiliki pengalaman bertemu pasukan yang ternyata memiliki kemampuan yang lebih jauh.

Katanya, para pemainnya telah menunjukkan persembahan yang membanggakan.

“Mereka bermain dengan jiwa yang besar, biarpun ada antara pemain yang gugup kerana tidak pernah ke pentas akhir kejohanan antarabangsa.

“ Yang penting, ia pencapaian yang terbaik bagi pasukan yang masih amatur, yang di Macau bermain bola hanya dilakukan selama dua hari seminggu, dan bukannya setiap hari seperti negara-negara yang menjadikan bola sepak kerjaya profesional,” jelasnya lagi.

Macau muncul naib johan kejohanan ini, manakala Laos di tempat ketiga setelah menumpaskan Brunei Darussalam 2-1 malam semalam.

Penyerang Macau, Leong Ka Hang malam tadi turut dinamakan pemain terbaik kejohanan. – Sarawakvoice

afc-2016-nepal-champion00

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru