ISLAMABAD: Sebelum ini Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menghabiskan waktu bertahun-tahun bagi membuktikan bahawa Presiden Barack Obama bukan orang Amerika.
Ketika kempen pemilihan presiden ke-45, calon Republikan itu menggunakan isu tersebut untuk mempertikaikan kredibiliti Obama, tetapi kemudian mengakui Presiden AS berkenaan dilahirkan di Amerika.
Namun, kini mungkin Trump terpaksa membuktikan bahawa didirinya sememangnya orang asal AS di sebalik pelbagai dakwaan dan berita bahawa beliau bukan orang Amerika.
Trump, 70, mungkin akan mempertahankan diri ketika muncul tuduhan bahawa beliau anak yatim dari Pakistan.
Televisyen yang berpangkakan di Pakistan, NEO News, mengemukakan laporan yang mengungkap bahawa Trump lahir di Waziristan pada 1946 dengan nama Dawood Ibrahim Khan.
Laporan itu mendakwa Trump tinggal di Pakistan sehingga 1955 sebelum dijadikan anak angkat oleh sebuah keluarga AS ekoran kematian orang tuanya.
Stesen TV itu juga menunjukkan gambar Trump sewaktu masih kecil yang menerima pendidikan di Pakistan ketika masih kanak-kanak.
Gambar Trump kononnya ketika berada di Pakistan turut viral di negara ini.
Namun NEO News menyatakan mereka mendapat laporan itu berdasarkan pernyataan yang dikeluarkan oleh seorang pengguna Twitter.
Pernyataan itu juga mendakwa Trump lahir dalam keluarga Islam.
Setelah laporan tersebut disiarkan, NEO News dikecam keras oleh penduduk lokal yang mempersoalkan bagaimana sebuah stesen berita yang bereputasi tinggi dapat mengeluarkan berita sedemikian.
Laporan tersebut dipercaya ada hubungannya dengan tindakan Trump, yang menuduh Obama lahir di Kenya meskipun tuduhan itu tidak benar, kata tempo.com. – Sarawakvoice