Monday, September 26, 2022

Asfia dilanjutkan sebagai Speaker DUN Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar semalam dilanjutkan lagi sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak apabila menerima Surat Cara Pelantikan daripada Yang di-Pertua Negeri Sarawak TunAbdul Taib Mahmud di Astana Negeri.

Mohamad Asfia yang juga Pengerusi Tetap Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Serdeng dan mula dilantik ke jawatan tersebut sejak15 November 2000.

Sejurus menerima Surat Cara Pelantikan tersebut, Asfia mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak dan menandatangi Surat Sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II & Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan, Perdagangan dan Pelaburan Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Sim Kui Hian, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Dato Gerawat Gala dan ketua-ketua jabatan kerajaan. – Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru